Bantuan Perayaan Tahun Baru Cina
01/02/2024Serah Siap Kerja Bantuan Baik Pulih Rumah
25/06/202411 Jun 2024: Yayasan Bandaraya Johor Bahru hari ini telah menganjurkan Majlis Penyampaian Bantuan Sewa Rumah hari ini yang telah diadakan di Taman Sri Stulang.
Majlis telah disempurnakan oleh Pengerusi YBJB, YBhg. Datuk Yahya bin Jaafar. Melalui program ini, pihak YBJB akan menyalurkan pembayaran bagi menampung kos sewa rumah untuk keluarga-keluarga miskin yang layak.
Bagi tahun 2024, Yayasan Bandaraya Johor Bahru telah membayarkan sewa rumah PPR untuk 350 keluarga yang majoritinya terdiri dari golongan warga emas, OKU dan ibu tunggal. Menerusi insiatif ini, hampir RM 500,000 telah diperuntukkan oleh Yayasan Bandaraya Johor Bahru untuk tujuan ini.
Yayasan Bandaraya Johor Bahru akan terus membantu melalui inisiatif sebegini serta insiatif lain bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Johor Bahru sentiasa terjaga.