Bantuan Ihsan Perayaan Hari Raya Aidilfitri YBJB Tahun 2018
01/06/2018Serahan Bantuan Kepada Keluarga Mangsa Lemas
25/06/2018Ahad, 3 Jun 2018: Sekitar Majlis Berbuka Puasa Bersama Datuk Bandar anjuran Majlis Bandaraya Johor Bahru bersama-sama Yayasan Bandaraya Johor Bahru yang diadakan di Surau An Nur, Stulang Laut sebentar tadi. Dalam majlis tersebut, seramai 50 orang asnaf di sekitar Stulang telah menerima sumbangan yang telah disampaikan oleh wakil rasmi Datuk Bandar Johor Bahru, Tuan Haji Sidek bin Paiman, Setiausaha Majlis Bandaraya Johor Bahru. Program ini juga telah diadakan di Masjid Al Mizan Kempas pada 31 Mei 2018 lepas. Keseluruhannya pada tahun ini seramai 450 orang keluarga miskin, asnaf dan anak yatim piatu telah menerima bantuan berjumlah RM90,000.00 daripada Yayasan Bandaraya Johor Bahru.