Tuisyen Percuma Jaya Bersama
16/08/2024Bantuan Ihsan Pelbagai
03/09/20241 OGOS 2024: Yayasan Bandaraya Johor Bahru telah selesai menyempurnakan Program Dapur Kasih Johor bagi Bulan Jun dan Julai 2024 di Pasaraya Maslee B5 Tampoi dan Maslee Taman Sri Stulang, Johor Bahru.
Keseluruhan penerima sumbangan Program Dapur Kasih Johor ialah seramai 43 orang penerima dari sekitar bandar raya Johor Bahru. Program Dapur Kasih ini merupakan sebuah inisiatif usaha Kerjaan Negeri yang di angkat melalui belanjawan Johor 2024 oleh Yang Amat Berhormat Dato' Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor dengan memperuntukkan sebanyak RM3.2 juta bagi program pembasmian miskin tegar di Negeri Johor.
Melalui konsep program keluarga angkat, keluarga berdaftar dari kategori Miskin Tegar dijemput berbelanja barang keperluan di pasaraya setiap bulan.