Program Dapur Kasih
22/08/20241 September 2024: Program Bantuan Ihsan adalah antara program yang sudah lama dijalankan di Yayasan Bandaraya Johor Bahru. Ianya merupakan pemberian bantuan ihsan secara "one -off" bagi kes yang kritikal yang sangat memerlukan bantuan seperti kes kebakaran, bencana ribut, pesakit kronik dan sebagainya. Permohonan diterima melalui aduan daripada ketua masyarakat atau melalui permohonan terus ke pejabat Yayasan.
Bagi bulan Ogos 2024 sejumlah 24 orang penerima telah dikenal pasti layak untuk menerima bantuan ini yang melibatkan perbelanjaan RM20,550.00. Ini meliputi 5 kes bantuan sara hidup, 10 kes bantuan kos rawatan, 2 kes bantuan kos susu kesihatan/lampin dan 6 kes kebakaran.
Semoga sedikit bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban tanggungan keluarga yang terbabit.