Pengenalan

Program Bantuan Ihsan adalah program bantuan berbentuk kewangan yang disasarkan kepada keluarga yang amat memerlukan bantuan. Program ini terbahagi kepada dua jenis bantuan, iaitu Bantuan Ihsan Kecemasan dan Bantuan Ihsan Perayaan YBJB.

Bantuan Ihsan Kecemasan adalah bantuan kewangan berbentuk one off (sekali sahaja) yang diberikan kepada penduduk bandaraya Johor Bahru yang ditimpa musibah seperti kematian ketua keluarga, bencana alam, kebakaran, kos rawatan dan sebagainya.

Bantuan Ihsan Perayaan pula adalah bantuan kewangan kepada keluarga miskin menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Tahun Baru Cina. Penerima bantuan terdiri daripada kes yang telah berdaftar dan telah melalui proses bancian atau kes-kes yang telah diusulkan oleh Ketua Masyarakat Setempat.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Menetap di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru
  • Pendapatan isi rumah di bawah kategori PGK Miskin dan Miskin Tegar
  • Keutamaan kepada warga emas, ibu tunggal, pesakit kronik dan Orang Kelainan Upaya
  • Sebab-sebab lain yang munasabah dan boleh dipertimbangkan jabatan

Ukuran PGK Nasional

Status Pendapatan Pendapatan Isi Rumah Pendapatan Per Kapita
Miskin Tegar (Bandar) RM1,143.00 ke bawah RM317.00 ke bawah
Miskin (Bandar) RM2,665.00 ke bawah RM758.00 ke bawah

Nota

  1. Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40) merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan purata bulanan di bawah RM4,850.00.

  2. Pengiraan Pendapatan Ahli Isi Rumah = (Pendapatan Suami + Isteri + Semua Anak Bekerja)

  3. Pengiraan Pendapatan Per Kapita = (Jumlah Pendapatan Ahli Isi Rumah di bahagi Bilangan Ahli Isi Rumah)

  4. Ahli Isi Rumah = Suami, Isteri, Anak dan orang lain yang tinggal bersama dalam satu rumah seperti Ibu Bapa, Adik beradik dan lain-lain.

Sumber: PGK 2022 (Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi EPU)

Permohonan Bantuan Ihsan Kecemasan


SILA BACA SYARAT KELAYAKAN DI ATAS SEBELUM MEMOHON

1. Dapatkan Borang Permohonan Bantuan YBJB [KLIK UNTUK MUAT TURUN] atau ambil sendiri di pejabat YBJB.

2. Sertakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Suami Dan Isteri
  • Salinan Kad Pengenalan Anak / Tanggungan serumah
  • Slip Gaji atau Pengesahan Pendapatan Suami dan Isteri
  • Slip Gaji atau Pengesahan Pendapatan Anak / Tanggungan serumah yang Bekerja

3. Dokumen Tambahan Berkaitan (Sekiranya Ada):

  • Sijil Kematian sekiranya Suami atau Isteri sudah meninggal dunia.(Balu / Bapa Tunggal)
  • Sijil Perceraian sekiranya telah berpisah (Janda / Duda)
  • Surat Pengesahan Pegawai Perubatan. (Pesakit / Hilang Upaya)
  • Laporan Polis (Keganasan Rumah Tangga / Bencana / Kebakaran dll)

Borang permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat Yayasan Bandaraya Johor Bahru. Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 07-2248950 / 07-2200586.