Pengenalan
Matlamat utama program Bantuan Sewa Rumah ialah untuk membantu keluarga miskin untuk menyediakan tempat tinggal yang lebih sempurna agar mereka dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih sempurna.
Bantuan ini disasarkan kepada keluarga miskin yang menyewa rumah PPR atau swasta (orang persendirian) di sekitar bandaraya Johor Bahru.
Keutamaan diberikan kepada keluarga yang mempunyai ketua isi rumah yang uzur / sakit / tidak dapat bekerja disebabkan masalah kesihatan atau ketidakupayaan diri seperti pesakit kronik, ibu tunggal yang terpaksa menjaga ramai anak dan sebagainya.
Bantuan diberikan dalam bentuk pembayaran sewa rumah sejumlah RM124.00 sebulan untuk kadar setahun.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Menetap di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru
- Pendapatan isi rumah di bawah kategori PGK Miskin dan Miskin Tegar
- Menyewa rumah PPR, sewa swasta (individu) atau sewa bilik.
- Bukan menyewa di rumah setinggan
Ukuran PGK Nasional
Status Pendapatan | Pendapatan Isi Rumah | Pendapatan Per Kapita |
---|---|---|
Miskin Tegar (Bandar) | RM1,143.00 ke bawah | RM317.00 ke bawah |
Miskin (Bandar) | RM2,665.00 ke bawah | RM758.00 ke bawah |
Nota
- Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40) merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan purata bulanan di bawah RM4,850.00.
- Pengiraan Pendapatan Ahli Isi Rumah = (Pendapatan Suami + Isteri + Semua Anak Bekerja)
- Pengiraan Pendapatan Per Kapita = (Jumlah Pendapatan Ahli Isi Rumah di bahagi Bilangan Ahli Isi Rumah)
- Ahli Isi Rumah = Suami, Isteri, Anak dan orang lain yang tinggal bersama dalam satu rumah seperti Ibu Bapa, Adik beradik dan lain-lain.
Sumber: PGK 2022 (Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi EPU)
Permohonan Bantuan Sewa Rumah
SILA BACA SYARAT KELAYAKAN DI ATAS SEBELUM MEMOHON
1. Dapatkan Borang Permohonan Bantuan YBJB [KLIK UNTUK MUAT TURUN] atau ambil sendiri di pejabat YBJB.
2. Sertakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Suami Dan Isteri
- Salinan Kad Pengenalan Anak / Tanggungan serumah
- Slip Gaji atau Pengesahan Pendapatan Suami dan Isteri
- Slip Gaji atau Pengesahan Pendapatan Anak / Tanggungan serumah yang Bekerja
3. Dokumen Tambahan Berkaitan (Sekiranya Ada):
- Sijil Kematian sekiranya Suami atau Isteri sudah meninggal dunia.(Balu / Bapa Tunggal)
- Sijil Perceraian sekiranya telah berpisah (Janda / Duda)
- Surat Pengesahan Pegawai Perubatan. (Pesakit / Hilang Upaya)
- Laporan Polis (Keganasan Rumah Tangga / Jenayah / Kebakaran dll)
Borang permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat Yayasan Bandaraya Johor Bahru. Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 07-2248950 / 07-2200586.